Fraser Anning Enggan Minta Maaf - Dikecam Anggota Parlimen Australia


Senator berhaluan kanan dikecam anggota parlimen Australia semalam, selepas kenyataannya yang mengatakan pembunuhan beramai-ramai di dua buah masjid di Christchurch adalah disebabkan program imigresen New Zealand.

Namun, Fraser Anning tidak mahu menarik balik kenyataan dan meminta maaf walaupun telah mengundang kutukan antarabangsa.

Ahli politik daripada parti besar dan kecil negara itu sebulat suara mengutuk Senator Queensland yang menjadi kontroversi itu ketika pungutan suara di Dewan Parlimen.

“Kenyataan Senator Anning sangat hodoh dan memecah-belah. Ia berbahaya dan tidak diterima sesiapa saja, apatah lagi anggota tempat ini,” kata ketua kerajaan Liberal Konservatif Kebangsaan Senat, Mathias Cormann.
Sumber: Oh! Media