Dua wanita warga Thailand dilaporkan cedera selepas van yang dinaiki mereka merempuh seekor kerbau di Kilometer 435.7 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, di Kuala Kubu Baru, hari ini.
Lapor Harian Metro, dua mangsa yang cedera itu itu tersepit di bahagian panel depan dan bomba mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa yang patah kaki, manakala seorang lagi wanita hanya cedera.
Gambar kejadian itu turut viral di media sosial mengundang rasa simpati netizen terhadap haiwan itu yang dilihat parah akibat dilanggar.
Netizen juga menyelar sikap tidak bertanggungjawab pemilik haiwan itu menyebabkan kerbau tersebut terlepas dan merayau di tempat yang tidak sepatutnya sehingga ditimpa kemalangan.
Ramai yang bertanya di tentang nasib haiwan itu. Menurut satu sumber, kerbau itu mengalami kecederaan teruk dan atas belas kasihan, pihak veterinar telah menyembelihnya.
"Untuk makluman, kerbau tersebut telah selamat disembelih pada jam 3:00 petang tadi di Pejabat Plus Rawang atas sebab belas kasihan, atas kecederaan yang teruk," kata sumber itu.
Sumber : thereporter.my