Masih ingatkah korang dengan si kepala telur? Selepas Senator Fraser Anning dari Australia membuat kenyataan untuk melarang kemasukan imigran Islam dan berkulit hitam ke Australia, kini sekutunya yang diumumkan sebaai calon Parti Konservatid Kebangsaan untuk kerusi di New South Wales telah menambah lagi marak api apabila melakukan penghinaan terhadap Islam.
Peter Kelly, merupakan sekutu kuat Anning dan dia telah menghina golongan wanita yang berbadan besar dan menyamakan Al-Quran dengan 'tisu tandas'.
![]() |
Peter Kelly |
Satu jam selepas beliau diumumkan sebagai calon pada Jumaat lalu, Kelly berkongsi artikel berkaitan dakwaan serangan Muslim terhadap gereja di Perancis berserta komen berbaur Islamofobia.
“Minyak dan air sememangnya tidak boleh bercampur. Tidak kira seberapa banyak kamu mahukannya dicampurkan,” katanya seperti dipetik oleh portal Daily 10.
Halaman Facebook peribadinya turut menunjukkan beberapa hantaran anti-Islam dan kebencian terhadap wanita.
Sebelum ini juga, dalam salah satu hantaran Kelly berkata, beliau tidak kisah untuk menyakitkan hati orang Islam dan turut mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW.
Sumber: Oh! Media