Sultan Johor Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Kerana Menerima Pandangan Majlis Raja-Raja


Berikutan dengan keputusan Kerajaan Malaysia yang menarik semula keputusan tandatangan Statut Rom yang diumumkan Perdana Menteri Tun Mahathir sebelum ini, kini Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan.

Ini setelah tindakan itu sebagai telah mendengar suara rakyat dan menghormati serta menerima pandangan Majlis Raja-Raja dalam perjanjian itu.

“Saya berharap kerajaan akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik,” katanya.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan sentiasa memastikan kedaulatan negara dan keharmonian hidup rakyat sentiasa dipelihara.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media