KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir hari ini tampil menjelaskan keputusannya untuk hadir dalam program buka puasa di Gurdwara di Johor Bahru.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, Gurdwara itu dibina seperti sebuah kompleks komuniti, ada pelbagai kemudahan yang disediakan.
“Kami makan di dewan makan yang memang siap dengan kemudahan tempat duduk dan kelengkapan dapur,” katanya di Facebook beliau hari ini.
Akmal turut menjelaskan komuniti Sikh adalah pemakan sayur-sayuran dan menutup kepala dengan turban di kuil.
Kuil itu turut menyediakan satu dewan kosong untuk solat Maghrib dan diasingkan ruang ibadah mereka di tingkat atas.
“Tiada campur aduk upacara mereka sebab ruang ibadat mereka di tingkat lain,” katanya lagi.
Akmar berkata beliau dan beberapa orang PKR pernah mengadakan jamuan iftar sama tahun lalu dan tidak mendapat kecaman daripada warganet.
“Seumur hidup saya sebelum ini tak pernah masuk ke rumah ibadat Sikh.
“Sememangnya saya rasa berat hati untuk menerima undangan tersebut kerana boleh menimbulkan pelbagai pandangan dan juga tohmahan.
“Insya Allah selepas selesai program ini saya akan ke masjid untuk solat Isyak dan solat terawikh berjemaah seperti kebiasaannya,” katanya lagi.
Acara itu mendapat tentangan hebat dari netizen yang berkata ia tidak sesuai dibuat di kuil agama lain.
Menurut pengguna Facebook Shaiful Hakim, tindakan itu tidak menghalakan cara untuk berpolitik.
“Kita orang Islam, ibadat kita, puasa kita. Maka buatlah di masjid. Atau tempat yang bukan masjid spt hotel atau dewan kalau nak buat program silaturrahim/muhibbah. Bukannya pergi buat ibadat kita (buka puasa juga adalah ibadat) di rumah ibadat agama lain,” komen beliau di Facebook Akmal.
Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan Akmal itu sebagai bodoh dan tidak bertempat.
“Kenapa la ko jd yb?? bdoh..esok mandikan ko kt sane..pas mandi bakar..xyah tanam,” komen pedas Yusof Hashim. -MalaysiaGazette
Sumber: kulihatlangitbiru.com