Bekas Kapten England Dilarang Memandu Selama Enam Bulan


Bekas Kapten England, David Beckham dikenakan larangan memandu selama enam bulan selepas didapati menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta Bentley miliknya. Mirror melaporkan Beckham sebelum ini menyatakan pengakuan bersalah melalui pos dan diberi enam mata atas lesennya di Mahkamah Bromley, yang mengakibatkan larangan memandu.

Beckham dituduh bulan lalu selepas orang awam melihatnya menggunakan telefon bimbit sambil memandu Bentley. Beckham, 43, mengaku menggunakannya semasa memandu di Great Portland Street pada 21 November tahun lalu.

David Beckham dilahirkan pada 2 Mei 1975 di London, England. Beliau menjadi bintang bola sepak yang terkenal di seluruh dunia. Beckham mula bermain untuk Manchester United, pasukan bola sepak yang legend di England pada usia 18 tahun dan mula bermain pada usia 20 tahun.
Sumber: Oh! Media