Berita Baik Untuk Warga FELDA! Raya Sakan La Nanti



Akhirnya teka-teki peneroka Felda terjawab apbila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sahkan Kerajaan akan menghulurkan bantuan Aidilfitri kepada 112,635 peneroka Felda sebanyak RM300 setiap orang, dengan peruntukan keseluruhan RM34 juta.

Ini tentunya merupakan satu berita baik untuk warga Felda untuk menyambut perayaan dengan lebih mencukupi lagi. Biarpun warga Felda hari ini memang ramai dah kaya-raya sampai rumah ada yang sampai 3 tingkat pun, tetapi masih ramai yang hidup biasa sahaja dengan isi keluarga yang sangat ramai.

Apatah lagi bantuan kerajaan untuk peneroka Felda apabila tiba musim perayaan nemang dah dilakukan sejak dari berpuluh tahun dulu lagi tanpa sebarang masalah dan baguslah jika ianya dapat diteruskan seperti biasa oleh kerajaan Pakatan Harapan tanpa perlu “banyak songeh” dan “banyak bunyi” lagi.

Juga kami rasa tak perlulah nak wujudkan hero yang beriya kononnya mendesak kerajaan untuk beri bantuan raya kepada warga Felda ni. Taktik mewujudkan hero bagi mendapat sokongan rakyat ni bagi kami sejenis taktik basi yang dah diamalkan berpuluh tahun lamanya juga sejak keranaan lama memerintah lagi. Siapa yang tahu siapa tu, tahu la kan. Huh.

Apapun kita taknak berbicara soal politik lebih panjang, kita ucapkan ribuan terima kasih atas keputusan bijak untuk warga Felda ini. Pada Ohmedia, ianya bukan duit raya dari kerajaan tapi adalah insentif dan bonus untuk warga Felda yang banyak berbakti dalam bidang pertanian dan meningkatkan ekonomi Malaysia sejak puluhan tahun yang lalu lagi.
Sumber: Oh! Media