DayZ Sudah Berada Di Platform PS4 Pada Hari Ini



DayZ sudah tiba di PlayStation 4 pada hari ini. Ianya diumumkan sendiri oleh Bohemia Interactive. Untuk pengetahuan korang, DayZ asalnya bermula di PC pada tahun 2013 sebagai mod open world shooter, ARMA II. DayZ mengisahkan tentang pemain yang harus hidup di tempat yang telah disebarkan penyakit misteri dan mengakibatkan manusia berubah menjadi zombi yang ganas.

Pemain kena mencipta dan mencuri apa sahaja sumber yang boleh memberikan pemain senjata, tempat perlindungan dan barangan asas untuk menghadapi kelaparan dan kesejukan. Selain itu, pemain juga harus berhati-hati pada pemain DayZ yang lain. Mereka mungkin akan mengambil kesempatan untuk membunuh korang dan curi semua barang korang. So pemain kena sentiasa fokus dan buat pilihan yang betul.

DayZ sekarang sudah berada di platform PC, Xbox dan Playstation 4.








Sumber: Oh! Media