Dua rakan sepejabat direman SPRM 7 hari dipercayai salah guna kuasa

KUALA TERENGGANU – Seorang penolong jurutera bersama rakan sepejabatnya iaitu penolong juru ukur bahan di sebuah agensi kerajaan direman tujuh hari bermula hari ini hingga Ahad depan kerana disyaki menggunakan jawatan untuk kepentingan peribadi bagi tempoh tiga tahun bermula 2015.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Abdul Hayyi Salimbagi bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke pejabat SPRM Terengganu untuk siasatan lanjut.

Suspek pertama yang berusia 40 tahun ditahan di kediamannya di sebuah kuarters kerajaan pada jam 11.10 pagi semalam, manakala suspek kedua berusia 38 tahun ditahan jam 2.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.

Sumber SPRM berkata, kedua-dua mereka disyaki menggunakan jawatan bagi mendapatkan kerja di jabatannya untuk syarikat isterinya dengan menggunakan nama syarikat pihak ketiga.



Sumber: kulihatlangitbiru.com