Mungkin ada diantara kita yang pernah kehilangan barang di masjid, lebih-lebih lagi selipar bagi kaum lelaki ketika hendak menunaikan solat Jumaat khususnya dan juga solat sunat Terawikh bulan puasa ini. Hal ini biasa didengar tapi yang luar biasa bila ada insan yang berhati mulia menggantikan selipar kita yang hilang.
Namun tahukah anda bahawa terdapat sebuah masjid di Indonesia bersedia menggantikan barangan jemaah yang hilang ketika mereka bersolat di masjid itu walaupun ianya sebuah motosikal. Pengurus Masjid Jogokariyan di Yogyakarta berpendapat, apa sahaja barang yang hilang ketika jemaah sedang mengikuti aktiviti di masjid berkenaan akan diganti dengan barang atau wang yang sama nilainya.
Masjid Jogokariyan mengambil inisiatif untuk menggantikan barangan jemaah yang hilang untuk menjaga keamanan jemaah ketika beribadah. Menjengah ke tahun 2000, Masjid Jogokariyan semakin berkembang dan jemaah serta dana sumbangan juga semakin meningkat. Kini, urusan mengganti barangan jemaah yang hilang tidak lagi menggunakan duit peribadi pengurus.
Sumber: Oh! Media