Instagram Akan Menyekat Semua Maklumat Mengenai Anti-Vaksin


Berikutan dengan banyak penyebaran maklumat palsu mengenai Anti-Vaksin di media sosial, pihak Instagram telah memaklumkan bahawa mereka akan menyekat dan menyembunyikan carian untuk 'hastag' yang ada kaitan dengan informasi palsu yang direka berkaitan anti-vaksin.

Instagram akan secara automatik menyekat mana-mana akaun yang dikesan menyebarkan maklumat berkenaan dan ini merupakan sesuatu yang harus disekat setelah kesalahan ini turut disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pusat Kawalan Penyakit.


Selain itu, Instagram bakal mengeluarkan mesej pop-up untuk mereka yang ingin mencari maklumat mengenai vaksin dan sistem ini akan menghubungkan korang dengan maklumat yang lebih berkualiti dan tepat.
Sumber: Oh! Media