Islam dipandang jijik jika pemimpin tidak berintegriti – Khalid

KOTA BHARU – Islam dipandang jijik jika pemimpinnya sendiri tidak berakhlak mulia dan tidak berintegriti, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, negara perlu dibangunkan dengan baik menerusi akhlak yang murni dalam kalangan pemimpin kerana merekalah juga yang akan mencorakkan rakyat.

“Cakap pasal Islam berdegar-degar tapi orang (terutama bukan Islam) naik muak dan jijik dengan Islam.

“Dia (orang bukan Islam) rasa jijik dengan Islam kerana dia nampak akhlak orang Islam yang cakap pasal Islam tapi tak amanah, mengamalkan rasuah, bersikap perkauman dan menyebarkan risalah kebencian.

“Tak ada satu usaha pun untuk membangunkan negara ini dengan (nilai-nilai yang) baik,” katanya ketika berucap selepas mendengar taklimat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan menghadiri majlis berbuka puasa di Dataran Kenaf, Kota Bharu hari ini.

Justeru, Khalid mengajak semua lapisan masyarakat – tanpa mengira fahaman politik – untuk bersama-sama membangunkan negara agar ia kembali dikenali sebagai Harimau Asia. – Bernama



Sumber: kulihatlangitbiru.com