Kucing adalah haiwan peliharaan yang comel serta manja dan ia seringkali menjadi penghibur kepada pemilik atau pencinta haiwan tersebut.
Tidak dapat dinafikan kematian kucing kesayangan boleh dianggap seperti kehilangan ahli keluarga oleh pencinta kucing.
Rasa sedih akibat kematian kucing boleh menyebabkan pencintanya murung sehingga beberapa hari lamanya.
Kenapa panjat balkoni…
Seorang pemuda yang dikenali sebagai Farhan Fauzi telah memuat naik video ahli keluarganya menangis kerana kehilangan kucing tersayang.
Menurut Farhan, kucing itu mati akibat terjatuh dari balkoni tingkat 17.
Allahuakbar
kenapa awak panjat balkoni tu sayang
tingkat 17 sayang tinggi tu ya Allah . bangun sahur ttbe dia jatuh
pencinta kucing and haiwan can relate
pic.twitter.com/gGXnMXgu3F
— FrhnFauziii (@NikSems) May 11, 2019
Tempat kucing itu jatuh
Tanam lepas sahur
Menurut Farhan lagi, kejadian itu disedari selepas mereka sekeluarga bangun untuk bersahur.
Kucing itu ditemui tidak bernyawa di tingkat bawah.
Suka kalau orang bawak dia naik basikal
Menurut Farhan, kucing peliharaannya gemar dibawa berjalan dengan basikal. Ia dikatakan tidak akan turun sekiranya tiada orang yang membawanya bersiar-siar.
“Dia suka orang bawak dia naik basikal kalau masuk dalam bakul sampai Maghrib lah dia duduk,” katanya.
Adik tak henti-henti menangis…
Dek kerana terlalu sayangkan kucing tersebut, adik lelaki Farhan tidak henti-henti menangis kerana terlalu sedih.
“Budak ni still nangis macam mana nak pujuk? Belikan kucing baru? Ke aku kena berlakon jadi kucing,” katanya.
Memang sedih bila kehilangan kucing kesayangan. Dari kecik sampai besar dibelai dan dimanja tapi perginya tanpa diduga dia pergi sekelip mata.
Sumber: Farhan Fauzi
Sumber: kulihatlangitbiru.com