Mira Filzah Kecam Lelaki Tembak Monyet Untuk Baby Sayang


Sebuah klip video tular di media sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki menembak seekor monyet yang terkurung di dalam sangkar menggunakan sepucuk pistol  sekiranya tidak menyebut "baby sayang", mendapat kecaman dari Mira Filzah sendiri. Mira Filzah menyatakan bahawa perkara ini benda paling bodoh yang beliau pernah tengok. 


Kini lelaki tersebut menjadi buruan pihak polis dan juga jabatan PERHILITAN. Pihak polis bertindak memburu suspek berkenaan setelah menerima laporan mengenainya. Susulan dari itu, pihak polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 29 Akta Senjata Api 1960 iaitu penggunaan senjata api pada tempat yang tidak dibenarkan dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan seekor haiwan.

Dalam masa yang sama, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerusi satu ciapan dan bebenang di laman Twitter, memaklumkan mereka sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian sama. Siasatan juga dijalankan di bawah peruntukan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 1010 (Akta 716) kerana perlakuan zalim ke atas hidupan liar.

Jabatan berkenaan turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi mereka dengan kadar segera bagi membantu siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan aduan di laman sesawang rasmi jabatan itu di http://bit.ly/1IT1lwV  atau menghubungi Ibu Pejabat PERHILITAN di talian 03-90866800.


Oh!Media: Nasihat kami, nak famous boleh, tapi bukan dengan mencederakan binatang. Banyak lagi cara kalau nak famous cepat. Contohnya macam sertai rancangan realiti tv.

Sumber: Oh! Media