Mungkin ada diantara korang yang sudah miliki dan mahu memiliki Huawei P30 walaupun ada isu yang melanda syarikat pengeluar peranti ini. Namun tahukah korang bahawa terdapat fungsi unik yang lain pada peranti ini selain kamera dia yang power? Berikut adalah fungsi lain yang terdapat pada peranti Huawei P30.
1. Rakaman gambar mengagumkan dalam keadaan pencahayaan kurang
Kebanyakan peranti kurang dipasaran mempunyai kualiti gambar yang kurang sekiranya ditangkap pada keadaan dengan pencahayaan yang kurang. Berbeza dengan Huawei P30, peranti ini mampu memberikan kualiti gambar yang terbaik meski dengan keadaan pencahayaan yang kurang. Keupayaan teknologi sensor termaju itu mampu untuk merakam gambar malam dengan penuh terperinci, tona warna umpama penglihatan mata dan kualiti yang sangat baik. Korang juga boleh merakam gambar dengan mod pendedahan panjang menggunakan tripod mirip pemilik kamera DSLR. Kaedah untuk menggunakan mod ini mudah iaitu hanya menekan ikon kamera dan memilih mod 'Night Mode' dan mengambil gambar, hasilnya pasti membuatkan korang puas hati.
2. Klon telefon
kebanyakan dari kita suka menyimpan barang, contohnya fail musik, video dan gambar. Saat bertukar ke telefon baru, agak renyah untuk memindahkan semua fail dari telefon lama ke telefon baru. Namun, jangan risau dengan HUAWEI Siri P30 , peranti ini dibina dengan aplikasi telefon klon yang membolehkan korang melakukan pemindahan data termasuk aplikasi, dokumen dan segalanya daripada peranti lama kepada peranti baru anda. Mudah saja untuk menggunakan aplikasi ini, anda hanya perlu pergi ke 'Setting', memilih 'System' dan pilih 'Phone clone'. Yang bestnya, aplikasi pemindahan data ini boleh dilakukan untuk platform iOS ataupun Android dan ia bersesuaian untuk semua jenis peranti tidak mengira jenama.
3. Pengecaman biometrik wajah
Sama seperti Iphone X, Huawei P30 juga dilengkapi dengan sistem pengecaman biometrik wajah dan sistem berkenaan boleh mengecam wajah pemilik tidak mengira keadaan. Jadi tidak akan timbul isu akan terdapat masalah sekiranya korang mahukan gunakan sistem ini untuk Huawei P30 korang nanti. Untuk menghidupkan tahap keselamatan ini, pengguna hanya perlu pergi ke 'Setting', pilih 'Security & Privacy' dan pilih 'Face recognition' dan korang akan menggunakan kunci peranti menggunakan pengecaman wajah.
4. Navigasi peranti menggunakan gerakan
Sudah sampai masanya kita melupakan kekunci navigasi dan segala bentuk navigasi fizikal dan hanya menggunakan gerakan tangan mampu untuk melakukan segalanya. Senang saja caranya, jika korang ingin pergi ke skrin utama, hanya perlu menyapu (swipe) daripada bawah skrin peranti. Untuk kembali (back), gunakan gerakan ke dalam kiri ke kanan dan untuk melihat tugasan terkini (recent task), sapu daripada bawah skrin dan berhenti. Jika pengguna mahu melancarkan pembantu, sapu daripada bawah kiri atau kanan dan peranti akan melancarkan pembantu. Semua navigasi itu akan membuatkan pengalaman korang menggunakan telefon pintar lebih baik berbanding sebelum ini. Untuk menghidupkan mod itu, pergi ke 'Setting' pilih 'System' - 'System Navigation' - dan pilih 'Gestures'.
5. Mengubah nada bunyi dan pelekat dinding di telefon pintar
Korang akan dapati lebih mudah untuk membuat tetapan penukaran nada bunyi dan pelekat dinding jika menggunakan HUAWEI Siri P30. Caranya mudah dan korang perlu memilih 'setting', pergi ke 'Sound' / menghidupkan 'Gallery - imej yang disukai dan memilih 'set as' - 'wallpaper'.
6. Mengetuk untuk melakukan tangkapan skrin (screenshot)
Ketuk peranti korang dan pengguna akan menyimpan tangkapan skrin yang dikehendaki. Itu cara mudah jika korang menggunakan peranti HUAWEI Siri P30 dan korang boleh melakukan langkah mudah antaranya, menyimpan tangkapan skrin dengan mengetuk skrin peranti korang. Jika korang mahu melakukan rakaman skrin, ketuk dua kali di atas skrin dan jika mahu mengambil sebahagian daripada skrin paparan itu, hanya melakar di skrin dan mengetuknya. Bagi pengguna yang mahu mengambil tangkapan skrin secara penuh, lakar huruf 'S' di atas skrin. Untuk menghidupkan mod ini, pengguna perlu pergi ke 'Setting' - 'Smart Assistance' - 'Shortcuts & Gestures'.
7. Pengecas tanpa wayar
Korang boleh mengecas peranti anda pada bila-bila masa kerana HUAWEI P30 dilengkapi dengan pengecas tanpa wayar menerusi HUAWEI P30 Wireless Charging Case atau sarung pelindung pengecasan tanpa wayar. Manakala HUAWEI P30 Pro pula menyokong sistem pengecas tanpa wayar berbalik dan membolehkan korang mengecas dengan peranti lain. Ia adalah teknologi terkini dan membolehkan korang mengecas di mana saja tanpa mengira masa. Kaedahnya mudah, pengguna hanya perlu menghidupkan mod itu dengan pergi ke 'Setting', dan memilih 'Battery' dan menghidupkan 'Wireless Reverse Charging'.
Sumber: Oh! Media