"Orang Awam Boleh Melaporkan Kenderaan Yang Memandu Di Lorong Kecemasan", - Anthony Loke


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata semalam bahawa orang awam boleh melaporkan kenderaan yang dipandu di lorong kecemasan semasa Ops Bersepadu sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.

Anthony Loke pengguna jalanraya yang dialu-alukan untuk menjadi penyalur maklumat kepada pihak kerajaan. Maklumat berkenaan boleh dihantar kepada JPJ tetapi ia perlu dilengkapkan dengan:

  • Nombor pendaftaran kenderaan
  • Lokasi gambar diambil
  • Masa dan tarikh gambar diambil




Pihak kementerian juga telah melarang penggunaan kenderaan berat di lebuhraya sewaktu musim perayaan, iaitu pada 1, 2, 3, 8 dan 9 Jun 2019.


Oh!Media : Kami harap pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena raya nanti patuh undang-undang lalu lintas yang telah dikuatkuasakan, karang tak pasal-pasal duit raya jadi duit bayar saman, hahaha!

Sumber: Oh! Media