ASALNYA, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye sembang laporan bedah siasat akan diberitahu umum sebulan selepas kematian Adib.
Bila cukup sebulan, tiba-tiba Peguam Negara, Tommy Thomas suruh buat inkues pulak kononnya untuk tentukan punca Adib mati.
Pusing pulak hasil bedah siasat hanya boleh didedahkan di mahkamah.
Padahal sebelum itu kes Adib sudah diklasifikasi polis sebagai membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Maka dari awal lagi dah timbul persoalan adakah inkues ni nak kata Adib tidak dipukul hingga mati macam yang polis klasifikasikan sebelum ni?
Takpelah, kita bersangka baik, bak kata ayah Adib.
“Inkues ini benda baik dan ia mampu memberi keadilan kepada Adib, malah kami sememangnya mahukan keadilan untuk Adib.
“Apabila ia dilaksanakan.. Ia diharapkan dilakukan secara adil bagi mencari punca dan mereka yang bersalah,” kata ayah Adib.
Maka berbulan-bulanlah sejak Februari inkues dijalankan…
Kita tunggu punya tunggu sampai April.
Tuptup, rupa-rupanya dalam inkues belum habis lagi Pejabat Peguam Negara telah memfailkan afidavit menyatakan Adib tidak dipukul, walaupun inkues masih berlangsung.
Kartun betul.
Itupun kantoi bodoh bila Jawatankuasa Kuil Mariamman Seafield yang dedahkan masa mereka tarik balik rayuannya penangguhan inkues di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner menolak permohonannya untuk menjadi pemerhati dalam inkues.
Tuhan sebaik-baik perancang punya kuasa.
Kalau tak memang macam orang bodoh lah kita dok bersangka baik.
Sepanjang inkues pula dipanggil pula bermacam pakar untuk menspekulasi bagaimana dan apa mekanisme yang menyebabkan kematian Adib.
Ada kata Adib dipukul, ada kata Adib dilanggar, ada kata Adib jatuh.
Yang mana satu betul? Entahlah, semuanya adalah pendapat “pakar”.
Pusing punya pusing akhirnya hujung April, laporan bedah siasat Adib yang konon nak didedahkan selepas sebulan itu dikatakan mengelirukan.
Terbaru, peguam KPKT dan bomba mewakili Adib pula mengundur diri.
Penarikan diri peguam ini akan menyebabkan tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, terbatal.
Kenapa penting saksi no 29 ni?
Prof Dr Shahrom Abd Wahid adalah saksi no 29 yang dalam keterangannya sebelum ini memaklumkan yang terdapat individu menghentak mangsa (Adib) sekuat hati dengan daya lebih 3,000 Newton atau lebih daripada tiga orang sehingga menyebabkan patah pada tulang rusuk yang membawa kepada kematiannya.
Malangnya telah berlaku percanggahan di antara Saksi ke 24 yang mengatakan Adib tidak dipukul dengan saksi 29 yang mengatakan Adib dipukul hingga menyebabkan kematiannya.
Maka saksi 24 dan 29 perlu dipanggil buat kali kedua.
Berbeza dengan Saksi 29, Saksi 24 dah selesai dipanggil buat kali kedua minggu lepas.
Saksi 24 yang kesal kerana menurutnya telah dimalukan oleh peguam yang sama yang telah meletak jawatan pada hari ini.
Maka menjadi tanda tanya, kenapa tiba-tiba peguam arwah Adib ni nak tarik diri hari ini?
Walhal minggu lepas beliau begitu tegas dan agresif mencari kebenaran serta keadilan untuk arwah Adib sampai dituduh memalukan saksi 24.
“New turn of events” katanya tetapi enggan ulas lanjut.
Tapi dia ada sebut, AG, menteri tentukan pengganti saya.
Adakah dia nak mengambarkan tekanan itu datangnya juga dari pejabat Peguam negara?
Jika ya, memang betul-betul macam kartun
Macam-mana kita nak bersangka baik lagi pun tak tahulah.
Ironi sekali.
Jika seseorang itu dibunuh di tempat tersembunyi, tanpa ada saksi, kemungkinan besar polis akan berjaya menangkap si pembunuh dengan pelbagai alatan canggih.
Tetapi apabila seorang penjawat awam dibunuh di khalayak ramai, dengan disokong keterangan rakan setugas, dan disaksikan ribuan orang, pembunuhnya jadi mustahil pula untuk ditangkap.
Kartun betul sistem keadilan ini. Kartun.
Kesimpulannya, jika anda hendak membunuh seseorang, lakukannya di tempat terbuka, dan ajaklah kawan-kawan anda paling kurang 2000 orang.
Ada kemungkinan besar anda mungkin akan terlepas.
Sebab tu saya sebut dari tadi..
Kartun.
Sekian.
Sumber: Khairul Azri
Sumber: kulihatlangitbiru.com