Pernah terima penghormatan Ratu Elizebeth II, ini antara kejayaan Raihan yang ramai tidak tahu

Mereka yang lahir dan membesar dalam era 90-an pastinya mengenali kumpulan nasyid, Raihan. Hampir setiap lagu kumpulan tersebut diminati segenap lapisan masyarakat.

Lagu-lagu seperti Pujian-Pujian, Iman Mutiara, Sifat 20, Demi Masa dan Sesungguhnya seringkan dimainkan di corong-corong radio selain turut dijadikan lagu nasyid pilihan di sekolah atau mana-mana acara keraian.

Kemunculan kumpulan Raihan juga menjadi pencetus kepada industri nasyid secara komersial di negara ini. Tidak hanya terkenal di Malaysia, Raihan juga berjaya mengharumkan nama negara dengan menjelajah ke serata dunia.

Setelah beberapa ketika menghilang, lagenda nasyid ini kembali dengan remake lagu nasyid Sesungguhnya, bergandingan bersama Aliff Satar.

Baru sahaja dilancarkan di Youtube sejak 9 Mei lalu, video tersebut kini sudah mencatat lebih 1.6 juta tontonan dan kini trending nombor satu.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Ashraf telah menulis satu hantaran mengenai kumpulan Raihan.

Apa yang menarik, perkongsian tersebut memberi pendedahan mengenai kemasyhuran dan kejayaan yang dikecapi kumpulan Raihan suatu ketika dahulu yang mungkin tidak diketahui oleh ramai pihak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, baca perkongsian Ahmad Ashraf di bawah:

Ramai orang kata, artis kita kena ikut artis luar untuk diterima seluruh dunia. Itu new global standard untuk Asian to be recognized katanya.

Tapi agaknya ramai lupa atau buat-buat lupa.

Raihan ialah kumpulan artis Living Legend otai paling power dalam sejarah muzik negara.

1) Pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh.

2) Menerima surat penghormatan daripada Putera Charles untuk persembahan mereka.

3) Raihan adalah artis Malaysia ketiga yang buat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall, selepas Sudirman dan Siti Nurhaliza.

4) Ramai peminat kipas-susah-mati, dipelbagai negara benua Asia, Afrika, Eropah, Timur Tengah dan Amerika. Ramai peminat luar negara cuba belajar bahasa Melayu menggunakan nasyid Raihan. Ketika itu Youtube dan Spotify belum power lagi. Orang pakai Kaset dan CD lagi.

5) Tony Fernandes, menyokong Raihan di peringkat awal sebagai Pengarah Urusan Warner Music, dan juga menaja Raihan ke London melalui Air Asia. Tony knows big business opportunity in Raihan, earlier than others.

6) Tak main lah anugerah dalam negara ni. Puji-Pujian jadi all time Malaysia’s best album (1.5 juta), 66 kali platinum. Menangis Ella dan Siti Nurhaliza jauh ditinggalkan.

7) Berapa kali masuk anugerah 500 Most Influential Muslim in the World.

We have many talents, but we don’t appreciate real talents.
Nak export Malaysian music? Raihan dah tunjuk contoh sejak 20 tahun dulu

Sumber: Ahmad Ashraf



Sumber: kulihatlangitbiru.com