Watak DLC Baru Jump Force Akan Tiba Pada 28 Mei Ini



Watak DLC baru dalam permainan Jump Force iaitu Seto Kaiba dari Yu-Gi-Oh!, All Might dari My Hero Academia dan Biscuit Krueger dari Hunter X Hunter akan tiba pada 28 mei ini. Ianya diumumkan sendiri oleh Bandai Namco. Untuk korang yang sudah memiliki pas bermusim watak permainan tersebut korang akan diberikan akses awal dan boleh mula pada hari ini.

Untuk pengetahuan korang, pas bermusim tersebut boleh dibeli dengan harga bermula dari RM119. Khusus untuk korang yang berminat untuk dapatkan watak tersebut secara berasingan atau kesemua sekali. Video di bawah ini adalah aksi dan teknik watak baru tersebut






Bagi yang masih tidak mengenali permainan Jump Force, ianya merupakan permainan pertempuran yang dilancarkan oleh Bandai Namco Februari lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Pelbagai watak seperti Dragon Ball, One Piece dan sebagainya. So kalau korang nak rasa sendiri untuk bermain permainan Jump Force ini boleh datang ke Oh Media Gaming. Ada promosi terbaru iaitu Happy Promo Raya dan Happy Raya Sakan.



So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze "Oh Media Gaming" dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming - OMG dan Instagram @ohmediagaming.




Sumber: Oh! Media