Bagi Rating Rendah Pada Driver Grab Car Kerana Diperli, Wanita Ini Pula Yang Kena Maki Balik Dengan Netizen


Semua orang yang berakal dan memiliki common sense tahu perkhidmatan e-hailing seperti Grab memang wujud untuk membawa penumpang (manusia) dari point A ke B sahaja. Tak dinafikan memang ada juga yang menggunakan khidmat pemandu Grab ni untuk membawa barang kecil mereka tapi itu semua tetaplah bergantung kepada persetujuan dan persediaan driver Grab tu terlebih dahulu.



Lain pula perangainya dengan seorang perempuan ni pakai khidmat Grab untuk pindah rumah agaknya sampai penuh kereta orang tu dengan barang dia. Kita kena ingat, pemandu Grab atau perkhidmatan Grab tu sendiri bukannya "movers" untuk berkhidmat membawa dan memindahkan barang-barang rumah awak tu.

Tapi dalam kes ni sebenarnya dia dah kira beruntunglah sebab driver Grab tersebut tetap sanggup menunggu lama dan sanggup nak bawakan barang-barang dia tu.


Mungkin kerana terasa dengan teguran uncle Grab tersebut, perempuan ni berang dan mengeluarkan post di Twitter peribadinya yang akhirnya memakan diri sendiri apabila dikecam, dimaki dan dihentam teruk netizen lain tanpa belas kasihan.




Well, lesson learned.

Post asal di Twitter:



OHMEDIA: INILAH MASALAH BILA KITA FIKIR DIRI KITA JER TAK FIKIR ORANG LAIN. SEMUA KITA JER YANG BETUL.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media