Bekas Adun Hulu Besut meninggal dunia

BESUT – Bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Abdullah Mat Dan meninggal dunia di Hospital Besut, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Jenazah dijangka disembahyangkan di Masjid Mata Air, Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut, di sini pada 2.00 petang ini.

Arwah pernah menjadi ADUN Hulu Besut selama sepenggal bermula 1999 sehingga 2004. Bagaimanapun, arwah gagal mempertahankan jawatannya selepas tewas kepada Nawi Mohamad (BN) pada PRU 2004 dengan majoriti 2,633 undi.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.



Sumber: kulihatlangitbiru.com