Dua kenderaan terlibat nahas elak mat rempit buat ‘wheelie’

SEBUAH kenderaan pacuan empat roda jenis Triton terbabas lalu melanggar sebuah kereta Nissan Almera dari arah bertentangan sebelum terbalik di tengah jalan kerana mahu mengelak dari melanggar seorang penunggang motosikal yang terjatuh.

Dalam kejadian yang berlaku pada lewat petang Jumaat di Jalan Guar Chempedak menghala ke Yan, penunggang motosikal dipercayai mat rempit itu sedang menunjukkan aksi ‘wheelie’ beberapa kali.

Tindakan mat rempit itu sempat dirakam oleh dashcam Nissan Almera yang berada di belakang kumpulan motosikal terbabit.

Menerusi rakaman dashcam tersebut, mat rempit itu dilihat gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh ke laluan bertentangan menyebabkan pemandu Triton cuba mengelak namun terbabas lalu melanggar bahagian kanan kereta Almera dan terbalik.

Tidak diketahui keadaan dua pemandu kenderaan itu. Namun pihak bomba dan penyelamat telah dihubungi untuk datang membantu mangsa di lokasi kejadian.



Sumber: kulihatlangitbiru.com