Ibu Pelajar Dirotan Tarik Balik Laporan, Tapi Siasatan Tetap Di Jalankan? Serius Lah?!


Ibu kepada pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah kebangsaan di Johor Bahru yang tularkan video guru merotan anaknya, menarik balik laporan polis. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, penarikan balik laporan itu dibuat sehari selepas laporan berkenaan dibuat. Katanya, pihak polis tetap meneruskan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera meskipun laporan itu ditarik balik. 

Kesalahan yang disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana daripada hukuman itu.


“Berkaitan dengan kes rotan yang mana seorang pelajar kena pukul dengan guru, laporan memang sudah dibuat dan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, ibu kepada pelajar berkenaan sudah mengambil keputusan untuk menarik balik laporan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Khalil berkata, berkemungkinan penarikan balik laporan itu selepas ada perbincangan kedua-dua pihak membabitkan keluarga pelajar dan pihak sekolah.

“Mungkin dia (ibu) ada perbincangan (antara keluarga dan sekolah). Dalam aspek itu, ia (tarik balik laporan) adalah urusan peribadi, tetapi pihak polis tetap meneruskan siasatan,” katanya.

Sumber : MyMetro

Sumber: Oh! Media