Ini wajah puluhan ‘hero’ yang menjayakan pembedahan Ainul Mardhiah

SELESAI membuang ketumbuhan di bahagian mulutnya semalam, Ainul Mardhiah sudah mula sedarkan diri beberapa jam selepas pembedahan.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak meluahkan rasa syukur kepada semua pihak yang terlibat sepanjang Ainul menerima rawatan di London, United Kingdom itu.

Menurut Ahmad Safiuddin, dia berterima kasih kepada semua doktor pakar, pegawai perubatan, pihak syarikat penerbangan, kedutaan serta ahli keluarganya dalam misi dari Malaysia ke London.



Sumber: kulihatlangitbiru.com