Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) kini telah mewakili pihak kerajaan untuk mengambil alih dari pihak swasta bagi empat lebuh raya utama dan menawarkan ia pada nilai RM6.2 bilion.
Ini membabitkan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (RM2.47 bilion), Sistem Penyuraian Trafik KL Baran Sdn Bhd (RM1.984 bilion), KESAS Sdn Bhd (RM1.377 bilion) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd pada nilai RM369 juta.
Penawaran ini juga dilihat seiring dengan janji pihak kerajaan semasa pilihan raya yang lalu dan ia disahkan oleh Gamuda Bhd yang merupakan antara pemegang saham terbesar bagi keempat-empat lebuh raya ini.
Untuk pengetahuan korang, Gamuda memiliki 70 peratus kepentingan dalam KESAS; SPRINT (52 peratus); LITRAK (44 peratus) dan 50 peratus dalam SMART dan LITRAK pula adala pengendali untuk Lebuhraya Damansara Puchong.
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media