Macam Mana Nak Kahwin Jika Masing-Masing Sibuk?


Pelakon, Zara Zya, menjelaskan kekangan masa antara punca dia belum dapat merealisasikan impian mendirikan rumah tangga bersama kekasih, Hafreez Adam. Dia juga enggan meletakkan sebarang tarikh sasaran untuk berbuat demikian bagi mengelakkan salah filem dalam kalangan peminat, sebaliknya meminta semua pihak mendoakan segala perancangan dipermudahkan.

"Sejak Januari kami sudah berhempas pulas mengatur strategi untuk perniagaan dan secara tidak disedari, kita kini hampir memasuki Julai. Jadi, bagaimana hendak merealisasikan hasrat berkahwin dalam tahun ini? Selepas ini, masing-masing terikat pula dengan jadual kerja yang padat.

"Justeru, saya tidak mahu memberikan sebarang tarikh kerana enggan menimbulkan salah faham. Nanti, ada yang mengeluarkan spekulasi dan andaian kurang enak, yang seboleh-bolehnya cuba dielakkan. Kata-kata itu ibarat doa, jadi saya mahu yang baik-baik buat saya dan Adam.

"Memang, jika diikutkan (perancangan untuk berkahwin) pada tahun ini, cuma masing-masing sibuk dengan kerja. Kami pula tidak mahu terburu-buru kerana semestinya saya dan dia mengimpikan majlis mengikut impian sejak sekian lama," katanya.

Produk makanan tambahan itu bukan hanya menampilkan Zara sebagai duta, sebaliknya pelakon terbabit juga bertindak sebagai pengasas. Sementara itu, mengulas mengenai ketiadaan buah hatinya pada majlis berkenaan, Zara berkata, aktor terbabit terikat dengan kerja lakonan.

"Saya tentu berasa kekurangan apabila dia tiada di sisi pada majlis pelancaran produk ini. Bagaimanapun, ia di luar kuasa kita. Adam terikat dengan penggambaran.

"Saya sendiri bakal memulakan penggambaran drama 20 episod, tidak lama lagi, yang dijangka memakan masa tiga bulan. Adam pula terbabit dengan drama 80 episod dan pada masa sama, menjayakan sebuah lagi drama sepanjang 30 episod," kata Zara.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media