Malaysia Menjadi Juara Selepas Menewaskan Sepanyol



Pasukan Malaysia menjadi juara di Sepanyol setelah berjaya menewaskan wakil La Liga eSports team di Gamergy, Madrid. Malaysia diwakili oleh 2 orang pemain muda yang sedang meningkat naik iaitu Luqman "Fenrir" Haziq dan Ahmad Shahrin. Untuk pengetahuan korang, Ahmad Shahrin merupakan Juara ES Football Championship Asia pada April lepas dan kejohanan tersebut telah melayakkan beliau untuk mewakili Asia bersama Fenrir di Gamergy semalam.

Perlawanan di Gamergy semalam menggunakan format Best Of Three(BO3) di mana pasukan Malaysia berjaya menang 2-1 dalam perlawanan pertama. Walaubagaimanapun pasukan La Liga eSports berjaya bangkit di perlawanan kedua setelah berjaya menang menerusi sepakan penalti setelah perlawanan berkesudahan 2-2 hingga tamat masa tambahan.




Di perlawanan penentuan pasukan Malaysia berjaya bangkit untuk menewaskan pasukan La Liga eSports dengan jaringan 2-0 dan merangkul kejuraan serta mangharumkan nama Malaysia di Sepanyol. Syabas diucapkan kepada pihak pengurusan pasukan Malaysia iaitu Gamesbond dan juga jurulatih pasukan yang merupakan bekas juara FIFA Asia Tenggara iaitu Amirul "Amtuah" Afandi.





Oh! Makan









Sumber: Oh! Media