
Pelancaran filem kedua buat siri Spider-Man bagi dunia MCU, iaitu Spider-Man: Far From Home yang bakal ditayangkan Julai ini. Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan satu lagi aplikasi realiti-maya bakal tiba secara bersama iaitu Spider-Man: Far From Home Virtual Reality Experience.
Permainan ini akan melalui aplikasi khas di mana pemain hanya boleh bermain melalui Playstation VR sahaja. Sebelum ini, untuk versi Spider-Man: Homecoming pemain hanya boleh menggunakan senjata Web Spider-Man sahaja. Walaubagaimanapun, untuk versi Far From Home pemain boleh bergayut di mana-mana bangunan.
Video permainan tersebut telah dimuat naik namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Mungkin permainan ini akan tiba semasa filem Spider-Man: Far From Home ditayangkan pada 3 Julai nanti.
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media