PES 2020 Akan Dilancarkan Pada Awal Bulan September



Pro Evolution Soccer (PES) 2020 akan dilancarkan secara rasmi pada bulan september ini. Ianya telah diumumkan oleh Konami. Yang menariknya, permainan ini telah dinamakan dengan nama baru iaitu eFootball PES 2020. Mungkin ada kejutan yang Konami nak bagi dekat korang nanti.

Untuk pengetahuan korang, terdapat pelbagai update terbaru untuk Pro Evolution Soccer (PES) 2020 Kali ini. Antaranya ialah finesse dribbling yang membuatkan pemain dapat mengawal bola dengan lebih baik dan mempunyai skill individu yang baru serta skill seperti Ronaldinho. Selain itu, PES 2020 juga mempunyai update terbaru untuk Mod Master League yang nampak lebih realistik dan korang boleh pilih untuk menggunakan pengurus terkemuka seperti Maradona, Zico dan Johan Cruyff.




Di samping itu, terdapat Mod baru yang diperkenalkan iaitu Mod Matchday di mana pemain boleh memilih satu kelab dan berlawan dengan pemain lain untuk mendapatkan points. Pemain akan layak ke Grand Final jika mendapat points yang tinggi.

Grafik PES 2020 boleh dikatakan meningkat dan lebih baik dari sebelum ini. So korang jangan lupa dapatkan PES 2020 yang akan dikeluarkan pada 10 September 2019 untuk Platform Playstation 4, Xbox One dan PC. Harga bermula dari RM211 untuk Standart Edition dan RM284 untuk Legend Edition.










Sumber: Oh! Media