PUBG Mobile dan Godzilla Bergabung Untuk Team Deathmatch



Tencent Games telah mengumumkan kolaborasi antara PUBG Mobile dan Filem Godzila King Of Monster yang telah ditayangkan di seluruh pawagam baru-baru ini. Menariknya, 400 juta pengguna telah download permainan tersebut dan kini mereka mempunyai 50 juta pemain yang aktif bermain dalam sehari.

Untuk pengetahuan korang, Mod permainan ini dikenali sebagai Team Deathmatch di mana korang kena bermain secara berpasukan iaitu 4 lawan 4. Lokasi pertempuran tersebut di Warehouse dan pasukan korang kena dapat markah paling tinggi untuk memenangi pertempuran tersebut.

Selain itu, Tencent juga telah membawa masuk kostum Godzilla dan tema latar belakang Godzilla khas untuk pemain. Dalam permainan ini pemain juga mempunyai peluang untuk mencari musuh dengan lebih mudah melalui map vikendi di mana musuh akan meninggalkan jejak mereka. So tunggu apa lagi, ini lah masanya untuk korang cuba bermain permainan Team Deathmatch ini bersama pasukan korang.














Sumber: Oh! Media