Radhi OAG Tak Ingat Lafaz Cerai Terhadap Isteri


Beberapa hari lalu, vokalis kumpulan OAG, Radhi mengakui telah melafazkan talak satu kepada isterinya, Shahira Ayu pada 25 Mac lalu. Namun, Radhi mahu merujuk kembali dengan bekas isterinya itu. Bagaimanapun, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling semalam, Radhi mengakui tidak mengingati lafaz cerai yang didakwa dilakukan terhadap isterinya.

Sehubungan itu, Hakim Syarie Husaini memrintahkan Radhi untuk membuat sumpah nafi selepas penyanyi itu memberi alasan tidak mengingati lafaz cerai yang dibuatnya. "Sumpah saya tak ingat," katanya.

Ketika prosiding, Shahira Ayu menegaskan bahawa dia mendengar sendiri lafaz cerai yang dibuat Radhi kira-kira pukul 4.20 pagi, pada 25 Mac lalu. Ayu turut memberitahu mahkamah bahawa lafaz cerai yang dilakukan berikutan berlaku pertengkaran mulut antara mereka kerana salah faham.

Selepas mendengar keterangan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian menetapkan 16 Julai ini bagi sebutan semula permohonan lafaz cerai termasuk Radhi perlu melakukan sumpah nafi terhadap lafaz cerai itu.

"Sumpah nafi ini penting kerana kesannya adalah besar di dunia dan akhirat, jadi mahkamah memberi ruang untuk kamu (Radhi) mengenai lafaz yang telah dibuat," kata Hakim Husaini. Terdahulu, Ayu mengakui hubungan rumah tangga yang dibina sejak lima tahun lalu bermasalah dan mereka kini tinggal berasingan sejak 25 Mac lalu.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan



Sumber: Oh! Media