Nampaknya keadaan di Indonesia akan kembali menegang apabila Mahkamah Agung Indonesia akan mula mengumumkan keputusan terhadap dakwaan pihak pembangkang bagi calon pilihan raya presiden bahawa proses pengundian itu diatur bagi mengalahkan dirinya.
Calon presiden, Prabowo Subianto sebelum ini telah tewas di tangan Joko Widodo dan membuat dakwaan itu sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan berdarah di ibu kota Indonesia.
Ketika ini, ribuan askar dan polis akan ditempatkan di Jakarta kerana bimbang akan berlaku rusuhan yang lebih dahsyat berikutan keputusan yang diumumkan nanti.
Setakat ini, 47,000 anggota polis dan askar telah ditempatkan di sekitar bangunan mahkamah dan di tengah Jakarta.
Untuk pengetahuan korang, peguam Subianto mendakwa Jokowi menggunakan kuasa pasukan keselamatan untuk menang dan melanggar peraturan kewangan kempen, dan sehingga 30 juta undian ‘dicuri’.
Apa yang dapat dilihat daripada isu ini, jika pihak pembangkang menang dalam pendakwaan ini, maka kemenangan Jokowi akan terbatal dan pemilihan raya akan dilakukan semula.
Sumber: Oh! Media