Sony, Microsoft Dan Nintendo Menentang Tarif Trump Terhadap China



Sony, Microsoft dan Nintendo telah mengeluarkan satu kenyataan bersama terhadap tarif 25 peratus terhadap barangan China yang dicadangkan oleh pentadbiran Donald Trump. Dalam kenyataan tersebut, ketiga-tiga syarikat gergasi gaming itu menekankan impak dan kesan negatif ekonomi yang tidak wajar kepada konsol video game serta mengatakan akan memberi kesan kepada ekosistem video game secara keseluruhan.

Kenyataan yang dihantarkan kepada Joseph Barloon, penasihat umum Perwakilan Dagangan Amerika Syarikat, itu menyatakan bahawa tarif tersebut tidak mampu untuk membantutkan inovasi, tapi tarif 25 peratus itu mampu mengakibatkan kehilangan pekerjaan dalam industri dan memudaratkan pengguna dan pekedai dalam proses tersebut. Lebih daripada 220,000 rakyat Amerika diramalkan akan terkesan termasuk beratus perniagaan-perniagaan kecil.

Kenyataan itu menegaskan lagi bahawa konsol merupakan produk khusus yang mempunyai rantaian bekalan yang kompleks. Pada tahun 2018, lebih daripada 96 peratus konsol video game yang di import ke Amerika Syarikat merupakan buatan China. Tarif itu secara signifikannya akan mengganggu perniagaan syarikat-syarikat dan menambah perbelanjaan signifikan yang berupaya menjatuhkan jualan konsol video game.






Sumber: JomGaming

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media