--> Skip to main content

2 jam duduk atas bumbung, takut disunat


Takut disunat, mendorong kanak-kanak lelaki berusia lima tahun panjat dan duduk di atas bumbung selama dua jam. 

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah klinik di Banten, Indonesia, kanak-kanak itu sanggup duduk di atas bumbung selama dua jam kerana tidak mahu disunat meskipun telah dipujuk ibu bapanya beberapa kali. 

Gambar kanak-kanak itu dikongsikan oleh doktor klinik tersebut selepas terkejut dengan tindakannya itu. 

"Sepanjang kerjaya profesional selama 20 tahun mengkhatan ribuan kanak-kanak, ini adalah kejadian kali pertama saya melihat seorang kanak-kanak memanjat dan duduk di atas bumbung," kata Dr Anik Sutari. 

Puas ibu bapanya cuba memujuk tetapi tidak diendahkan. Oleh kerana tiada pilihan, akhirnya mereka terpaksa menghubungi guru sekolahnya untuk datang membantu. 

"Ibu bapa menghubungi guru sekolah sebelum memujuknya turun. Selepas itu, dia sendiri berjalan masuk ke dalam klinik untuk berkhatan tanpa dipaksa," katanya. 

Sumber: Daily Mail, Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 14 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...