Pelakon dan penyanyi molek, Ayda Jebat tampil menjelaskan situasi sebenar yang mengaitkan namanya dengan seorang pelakon bernama Redza Rosli yang didakwa dengan kebanyakan pihak bahawa hubungan mereka terputus di tengah jalan! Ayda berkata berpendirian dia yang baik-baik saja, jikalau ada pihak yang memberi sebarang spekulasi mengenai hubungan mereka yang sudahpun berakhir.
"Bagi saya Tuhan dah tunjukan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan. Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istilah putus cinta pun sebenarnya.
"Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik, dan rasanya begitu juga dengan dirinya. Malah sebelum ini pun, kami memang profesional juga, cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami diperkatakan kerana sering dilihat bersama," katanya.
Terdahulu, penyanyi Temberang ini di temui ketika pada majlis pelancaran produk kosmetik, Aurawhite dalam pakej Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack ho Palace of Golden Horses, Kuala Lumpur semalam. Tidak mahu memberi komen panjang, Ayda mengakui dia perlu menjaga hati banyak pihak.
Dalam pada itu, dia terkejut apabila ada pihak yang cuba mengaitkan hubungannya mulai renggang berpunca dari seorang pelakon wanita lain. Bagaimanapun, Ayda bersikap matang dan punyai jawapan tersendiri.
"Sejujurnya juga, ada beberapa pihak yang saya perlu jaga hati mereka, bukan sahaja diri saya, malahan di pihak sana juga. Pada masa sama, kami juga sudah bersetuju untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan. Rasanya itu adalah yang terbaik. Saya juga sebenarnya terkejut apabila ada yang mengaitkan namanya. Bagi saya tak perlu nak kaitkan perkara ini dengan orang lain," katanya.
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media