--> Skip to main content

Bella Dally Tak Puas Hati Foto Kahwin Lama Disalahguna


Tular gambar perkahwinannya dengan bekas suami, Nazim Otman disunting menerusi satu drama yang kini ditayangkan di televisyen, Bella Dally meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak produksi.


Difahamkan, pihak produksi drama Silang menyunting gambar kahwin tersebut dimana wajah Bella di 'crop' dan digantikan dengan wajah Emma Maembong.Bella yang mengetahui perkara itu daripada rakan dan peminatnya menyifatkan pihak produksi seolah tidak menghormati hak peribadinya.


Menerusi satu mesej perbualan, Sheila Rusly meminta maaf kepada Bella di atas kesilapan tersebut dan turut memohon maaf bagi pihak produksi. Dalam pada itu, menerusi perkongsian itu Bella turut berharap agar tiada lagi mana-mana pihak mengambil jalan mudah dan mengambil kesempatan terhadap orang lain.


Terdahulu, drama Silang lakonan Nazim Othman dan Emma Maembong menjadi bualan ramai apabila sebuah babak memaparkan gambar perkahwinan mereka sebenarnya hanya disunting menggunakan foto perkahwinan Nazim dan Bella Dally.



+ Baca respon pembaca di Oh! Media.






Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 09 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...