Boleh cederakan usus, doktor tegah makan ayam goreng extra pedas Mcd

UMUM mengetahui rangkaian makanan segera terkemuka McDonald’s baru sahaja memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Ayam Goreng Extra Spicy 3 kali pedas bermula hari ini.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan pengalamannya mencuba ayam Ayam Goreng tersebut yang sememangnya pedas sampai berak tembus spender.

Nampaknya ada seorang lagi pengguna Facebook turut berkongsikan tentang dirinya yang terpaksa berulang alik ke tandas sampai lembik selepas menikmati Ayam Goreng Mcd itu sehingga terpaksa mendapatkan rawatan daripada doktor.

Doktor yang merawatnya turut memarahi lelaki tersebut dengan mengatakan cili yang digunakan tidak sama seperti cili yang kita selalu makan.

Bagaimanapun pengguna Facebook itu memberitahu ayam tersebut tidaklah pedas mana tetapi mungkin ianya tak sesuai dengan perutnya.


Apa pun diharap perkongsian ini dapat memberikan jawapan kepada mereka di luar sana betapa pedasnya Ayam Goreng Extra Spicy 3X ini. Kalau rasa perut tu boleh tahan, boleh la cuba. Tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri.



Sumber: myterengganu.com