Doraemon: Story Of Season Akan Dilancarkan Pada Akhir Tahun Di Pasaran Global



Bandai Namco telah mengeluarkan video trailer terbaru iaitu Doraemon: Story of Seasons. Untuk pengetahuan korang, video sebelum ini dikeluarkan dalam bahasa Jepun. Video trailer ini pemain menggunakan watak Nobita dan sedang berkebun daripada mula sehingga mendapat hasilnya.

Walaupun video ini dikeluarkan dalam bahasa Jepun, tetap ada ayat penerangan dalam berbahasa Inggeris. Walaubagaimanapun setiap perkataan dalam permainan masih dalam versi Jepun.

Permainan Doraemon: Story Of Season ini sudah dilancarkan di Jepun untuk Nintendo Switch dan PC namun untuk pasaran global mungkin akan dikeluarkan pada akhir tahun ini. So Mimin harap peminat Doraemon di luar sana dapat tunggu sehingga permainan ini dikeluarkan di Malaysia.







Sumber: Oh! Media