--> Skip to main content

Gagal Lindungi Data Pengguna, Facebook Didenda AS$5 Bilion!


Facebook Inc didenda AS$5 bilion (kira-kira RM20.6 bilion) berhubung penglibatan syarikat berkenaan dalam skandal Cambridge Analytica pada 2018, lapor The Wall Streets Journal.

Jumlah denda berkenaan merupakan yang tertinggi pernah dikenakan oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat ke atas mana-mana syarikat teknologi. Menurut laporan berkenaan, jumlah denda tersebut mencapai 9 peratus jumlah keuntungan keseluruhan Facebook pada tahun lepas.

Bagaimanapun hukuman berkenaan mendapat kritikan beberapa senator dan ahli kongres Amerika Syarikat, termasuk Senator dari Parti Demokratik, Mark Warner, yang mendakwa Facebook telah beberapa kali melanggar garis panduan berhubung perlindungan data peribadi penggunanya.

“Dengan keengganan atau ketidakmampuan FTC bertindak melindungi hak privasi serta data, sudah tiba masanya untuk Kongres bertindak,” kata Warner dalam satu kenyataan, hari ini. Sementara itu, Ahli Kongres David Cicilline menganggap denda itu hanya sekadar tindakan yang ringan.

“Denda itu amat kecil berbanding jumlah pendapatan tahunan Facebook.

"Ia sama sekali tidak akan mengakibatkan mereka berfikiran dua kali berhubung tanggungjawab mereka untuk melindungi data dan privasi pengguna,” katanya.

Sumber: Awani

Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 16 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...