--> Skip to main content

Harimau Sesat, Hanya Ingin "Bermanja"


Tular semalam di media sosial apabila seekor harimau sesat ditemui oleh penduduk Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dungun. Kejadian berkenaan dirakam oleh secara amatur oleh saksi kejadian. Detik cemas berlaku apabila seorang pakcik "diserang" oleh harimau berkenaan. Walaubagaimanapun, harimau berkenaan sekadar menjilat pipi pakcik berkenaan. Tiada kecederaan yang berlaku keatas pakcik berkenaan.





Sementara itu, memetik dari Bernama, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan rasmi berhubung kemunculan harimau itu pada pukul 11.30 pagi tadi. Kakitangan Perhilitan telah pun ke lokasi tersebut dan proses menangkap harimau itu sedang dilakukan.

Siasatan dijalankan bagi mengenalpasti punca kemunculan harimau tersebut dan berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar.

Sumber: New Malaysian Post, Viral Media Johor dan akaun Facebook Mohd Aidiel

Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 19 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...