--> Skip to main content

"Hentikan Penjualan Ghost Smoke Candy" - TPM


Tahukah korang semalam telah kecoh di media sosial, video mengenai gula-gula yang mampu mengeluarkan asap dari mulut setelah dimakan oleh seorang pelajar sekolah rendah di Papar,  Sabah.

Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad tampil memberi kenyataan semalam akan menyiasat kandungan gula-gula berkenaan khuatir bahan yang digunakan untuk membuat gula-gula berkenaan adalah bahan yang mampu memudaratkan kesihatan terutamanya pelajar sekolah.

Bertindak dari itu, Timbalan Perdana Menteri yang yang Menteri Kembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YAB Dr Wan Azizah Ismail mezahirkan kerisauan beliau terhadap penjualan gula-gula berkenaan. Ini kerana ia menganggap perkara ini mampu menjadi permulaan kepada masalah penagihan dadah. Justeru itu, beliau tegas agar penjualan gula-gula berkenaan dihentikan.


YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad akan mengumumkan kandungan yang ada dalam gula-gula berkenaan dalam masa terdekat dan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna bagi memantau penjualan gula-gula berkenaan.

Sumner: MalaysiaKini dan Facebook Buletin Utama TV3

Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 23 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...