Soalan:
Adakah diharuskan kita berdoa dengan cara bertawassul dengan Nabi saw seperti berkata ketika berdoa: “Wahai Tuhanku, dengan berkat Nabi-Mu, aku bermohon agar disembuhkan sakitku ini”?
Jawapan:
Hukum berdoa dengan cara bertawassul dengan Nabi saw atau orang-orang yang soleh adalah diharuskan oleh syarak.
Tersebut pada fatwa Mufti Oman:
التوسل بجاه النبي صلى الله عليه وسلم جائز في مذهبنا ومذهب جمهور أهل العلم من الحنفية والمالكية والحنابلة في المعتمد من كتبهم، وذلك لأن مقام النبي صلى الله عليه وسلم العظيم ومنزلته الرفيعة عند الله عز وجل ثابتة في الكتاب والسنة، ومن توسل بأمر ثابت فلا حرج عليه لعموم قوله عز وجل: (وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ) المائدة/35، خاصة وقد ورد في ذلك حديث خاص، وهو حديث عثمان بن حنيف رضي الله عنه حين علمه النبي صلى الله عليه وسلم هذا الدعاء: (اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ) رواه الترمذي (رقم/3578) وقال: حسن صحيح
“Bertawassul dengan kebesaran Nabi saw ialah harus pada mazhab kami dan mazhab jumhur ulamak dari mazhab Hanafi dan Maliki dan Hanbali pada yang muktamad di dalam segala kitab mereka itu.
Yang demikian itu adalah kerana kedudukan Nabi saw yang sangat agung dan martabatnya yang sangat tinggi disisi Allah yang sabit ia di dalam Quran dan Sunnah.
Maka siapa yang bertawassul dengan suatu pekerjaan yang sabit ia maka tiadalah salah atasnya kerana umumnya firman Allah Taala:
وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ
“Dan tuntutlah jalan bagi mendekatkan diri kepada Tuhan.” (Al-Maidah : 35)
Secara khususnya pula sungguh telah datang pada yang demikian itu oleh hadith yang khas iaitu hadith Uthman bin Hanif r.a ketika Nabi saw mengajarnya akan doa ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ
“Ya Allah aku bermohon akan Engkau dan aku hadapkan wajahku dengan kebesaran Nabi-Mu Muhamaad Nabi yang membawa rahmat.” [Hadith ini diriwayatkan oleh Tirmidzi dan berkata ia hadith ini hadith Hasan Sahih]
Wallahua’lam.
+ Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media