Kerana Getah Sekerap, Telinga Hampir Putus


Seorang lelaki yang dipercayai mahu mencuri getah sekerap kantoi setelah dia dijumpai dengan barang berkenaan seberat 15 kilogram. Akibatnya dia teruk dibelasah oleh penduduk setempat sehingga lelaki berkenaan patah rahang dan dengan telinganya hampir terputus.

Perkara ini telah tular  semalam melalui video yang dikongsi di media sosial. Lelaki berkenaan melakukan kegiatan tersebut bersama seorang rakannya yang berjaya melarikan diri.

Lelaki berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Universiti Sains Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, iaitu seksaan bagi kesalahan mencuri.




Sumber: New Malaysian Post dan Akaun Facebook Nizam Aka
Sumber: Oh! Media