--> Skip to main content

Kerana Takut Di Sunat, Seorang Kanak-Kanak Sanggup Panjat Bumbung Klinik!



Seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Banten, Indonesia, memanjat bumbung sebuah bangunan pusat kesihatan kerana tidak mahu bersunat, lapor portal Metro UK.

Gambar kanak-kanak itu di atas bumbung dikongsi seorang doktor, Dr. Anik Sutari ke akaun Facebook miliknya, sambil menyatakan ini merupakan pengalaman pertamanya berhadapan dengan situasi sedemikian.

"Sudah 20 tahun saya bertugas sebagai doktor, inilah kali pertama seorang kanak-kanak lari sehingga kebumbung," katanya.

Dua jam di atas, kanak-kanak itu akhirnya turun selepas dipujuk seorang guru yang rapat dengannya.

"Guru itu dipanggil ke klinik oleh ibu bapanya. Kanak-kanak itu kemudiannya berjalan ke bilik bersunat, dan menjalankan prosedur itu tanpa dipimpin atau dipaksa. Malah dia juga tidak menangis dan prosedur dapat dijalankan dengan lancar," cerita Dr. Anik.




Sumber: Awani
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 16 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...