--> Skip to main content

Lelaki Hanyut Di Niagara Falls Di Temui Hidup!


Seorang lelaki yang dihanyut ke bawah air terjun Niagara Falls kelmarin, ditemui masih hidup dan tidak mengalami kecederaan serius.

Lelaki itu ditemui duduk di atas batu besar dalam sungai di bahagian bawah air terjun, kata polis Kanada dalam satu kenyataan semalam.

Polis Taman Negara Niagara menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4 petang mengenai seorang lelaki berhampiran air terjun Horseshoe Falls yang setinggi 57 meter.

Ketika polis tiba di tempat kejadian, lelaki itu memanjat tembok penahan ke dalam sungai dan dihanyut ke pinggir air terjun.

Media tempatan melaporkan ini insiden keempat seorang dewasa dilaporkan hidup tanpa bantuan peralatan keselamatan selepas memasuki Horseshoe Falls.

Sumber: MyMetro

Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 11 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...