PAS dan UMNO Tangguhkan Dahulu Proses Kerjasama Politik


PAS dan UMNO hari ini memutuskan untuk menangguhkan dahulu proses piagam kerjasama politik diantara kedua-dua parti bagi memberi sepenuh tumpuan kepada pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata piagam itu sepatutnya diputuskan malam ini oleh pemimpin kedua-dua parti.

Bagaimanapun, katanya, ia terpaksa ditangguhkan kerana terbabit dengan proses pengundian bagi memutuskan pindaan RUU itu, malam ini.

Bagi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, ebarang keputusan jawatankuasa induk dan teknikal Piagam UMNO-PAS hanya boleh dimuktamadkan presiden kedua-dua parti.

Langkah terbabit bagi memastikan proses kerjasama politik dapat diteruskan kepada peringkat perjanjian politik.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media