Pelajar ditemui tak sedarkan diri akibat terlalu mabuk selepas teguk arak Seven Seas + Coke


Seorang pelajar sekolah menengah ditemui tidak sedarkan diri dipercayai akibat mabuk selepas mengambil minuman keras bersama rakannya. 

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari Isnin, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Air Putih itu yang lengkap berpakaian terbaring di atas sebuah kerusi. 

Menurut sumber Berita Harian, pelajar itu sepatutnya mengikuti sesi pembelajaran pada sesi petang, tetapi memilih utuk menyertai dua rakannya meneguk minuman keras murah berhampiran sekolah. 

Pelajar itu ditemui oleh orang awam yang kemudian segera memaklumkan kepada pihak sekolah. 

"Pasukan perubatan dikejarkan ke sekolah berkenaan dan pemeriksaan awal mendapati pelajar itu mengambil minuman keras secara berlebihan," kata sumber. 

Remaja itu kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil. 







Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Mohd Razali Mustafar mengesahkan kejadian itu dan pihaknya akan memberi kaunseling kepada pelajar terbabit selain mengadakan pertemuan dengan ibu bapanya bagi mengetahui masalah yang dihadapi pelajar itu. 



Sumber : thereporter.my