PES 2019 Dibuang Dari Senarai Game Percuma Untuk Bulan Julai



Antara topik yang menjadi bualan hangat para gamer pada minggu ini ialah tentang pembuangan PES 2019 dari senarai game percuma PlayStation Plus untuk Julai 2019 dan digantikan dengan Detroit: Become Human. Pihak Konami turut terkejut dengan apa yang terjadi.

Dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Gamespot, Konami mengatakan, “Keputusan ini dibuat oleh Sony dan sila ajukan persoalan ini kepada Sony.” Pengurus jenama PES Eropah, Lennart Bobzien juga tidak pasti apakah sebabnya Sony mengambil keputusan yang mengejut ini.




Walaubagaimanapun, Sony sememangnya mengaku bahawa keputusan untuk menukar senarai game tersebut dilakukan oleh pihak mereka. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Sony berkata, “Ini merupakan keputusan yang dibuat sebagai satu syarikat, dan kami mohon maaf untuk segala kesulitan.”

Sumber: JomGaming

Oh! Makan



Sumber: Oh! Media