Qualcomm hari ini mengumumkan kemaskini kecil untuk cip pemprosesan Snapdragon 855 sedia ada. Cip baru ini dinamakan Snapdragon 855 Plus, dan menawarkan sejumlah penambah-baikkan prestasi, sekaligus menjadikan ia sebuah cip yang lebih baik untuk peminat permainan video pada peranti mudah-alih mereka.
Snapdragon 855 Plus membawakan rekaan cip lapan teras Kryo 485 pada kelajuan 2.96Ghz, selain sokongan grafik Adreno 640. Qualcomm mengatakan ia menawarkan peningkatan sehingga 15% pada kadar grafik berbanding sebelum ini.
Snapdragon 855 Plus turut menyertakan sokongan pengalaman Snapdragon Elite Gaming yang menawarkan sejumlah sokongan khusus untuk permua, termasuk sokongan Vulkan 1.1 dan beberapa yang lain. Peranti berasaskan Snapdragon 855 Plus ini dijangka akan hadir ke pasaran pada pertengahan kedua 2019 ini.
Sumber: Amanz
Sumber: Oh! Media