--> Skip to main content

Selain "Fantastic Four", Kevin Umum Barisan Pelakon "The Eternals" Yang Akan Dikeluarkan Tahun Depan!


Kevin Feige, presiden Marvel Studio turut mengumumkan filem kumpulan adi wira terbaru yang akan dikeluarkan tahun depan, The Eternals. Menurut Kevin, filem ini akan dibintangi oleh beberapa nama besar seperti, Angelina Jolie, Salma Hayek, dan Richard Madden.

Kalau korang tak kenal, mungkin tak biasa dengan siri komik yang dikeluarkan oleh Marvel, sebab mereka ni memang sudah ada lama di Marvel Comic. Komik ini diperkenalkan oleh Jack Kirby pada tahun 1970 yang mengetengahkan tiga kumpulan berbeza yang dicipta oleh dewa langit, yang pertama kumpulan yang tersimpang dari jalan sebenar (The Deviant).Kumpulan ini adalah kum[ulan yang kerap melibatkan diri dalam peperangan. Manakala seterusnya ialah manusia dan golongan yang kekal abadi (The Immortals Eternal).

Kevin mengumumkan lapan Eternals yang akan berada dalam filem yang akan datang dan banyak daripada mereka adalah bertukar-tukar jantina dari watak asal mereka. Berikut adalah kelapan-lapan pelakon yang yang membarisi "The Eternals".


1. Richard Madden sebagai Ikaris


Ikaris mempunyai nama samaran ketika di bumi yang dikenali sebagai Ike Harris. Beliau mempunyai kemampuan untuk terbang dan mengangkat orang. Dia juga dapat menembakkan sinar tenaga kosmik dari matanya dan berteleportasi jika dia memilih untuk melakukannya.


2. Salma Hayek sebagai Ajax


Karakter Ajax adalah seorang lelaki yang disembah oleh kumpulan Incans sebagai Tecumotzin yang kemudian ditanam oleh kumpulan berkenaan sehinggalah Ikaris datang mengejutkannya.


3. Angelina Jolie sebagai Thena


Dilahirkan di Olympia dan beliau merupakan anak perempuan kepada Zuras( tidak silap, Zeus). Dalam komik, dia memiliki hubungan cinta secara rahsia dengan musuh Eternals bernama Kro. Thena juga bisa terbang, memiliki kekuatan yang sangat kuat, dan kelajuan yang tinggi.


4. Don Lee (aka Dong-seok Ma) sebagai Gilgamesh


Gilgamesh adalah Eternal yang di asingkan dari golongan Zura kerana selalu kerap membunag masa bersama manusia. Akibat dari itu, dia turut dikenali dengan beberapa panggilan seperti Hercules dan Beowulf. Dia kemudian bergabung dengan Avengers.


5. Lauren Ridloff sebagai Makkari


Makkari digambarkan sebagai seorang yang tidak sabar. Beliau memakai sut merah dengan sebuah topeng. Didalam komik, beliau dikenali sebagai Mercury.


6. Kumail Nanjiani sebagai Kingo


Kingo adalah seorang penguna pedang paling mahir. Dia menghabiskan masa dengan Samurai yang kemudiannya menukar beliau sebagai bintang aksi Jepun yang terkenal.


7. Lia McHugh sebagai Sprite


Sprite adalah seorang budak lelaki yang mempunyai kemampuan untuk mengubah penampilan. Beliau tidak akan kelihatan tua meskipun sudah berumur. Kerana itu, Eternal yang kelihatan muda suka bermain helah, selalunya dengan perbelanjaannya sendiri.


8. Brian Tyree Henry sebagai Phastos


Beliau mempunyai kuasa yang sama dengan yang lain. Beliau cepat, kuat, dan boleh terbang. Phastos juga seorang jurutera dan pencipta dan pembuat pedang Kingo.

Sumber:  Insider
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 23 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...